Don't Forget To Join US Our Community
×
blogger tipsblogger templatesWidget

Thursday, 10 November 2016

PENGAMBILAN SUPLEMEN ATAU VITAMIN DAN PANTANG LARANGNYA

Salam sejahtera semua. Sebenarnya hari ini liana terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua mengenai PANTANG LARANG PENGAMBILAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN. Wah ambil vitamin pun kena pantang bagai ke? Hehe jangan takut ya dengan tajuk entri liana pada hari ini. Sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan atau kita makan kita harus berhati-hati dan perlu ada ilmu dengan apa yang kita lakukan.

Sama juga halnya dengan vitamin atau suplemen yang kita ambil, kita harus ada ilmu, kita harus tahu sifat-sifat vitamin tersebut, kita harus tahu apa tujuan kita mengambil vitamin tersebut dan pastikan dapat tunjuk ajar atau panduan yang betul dalam setiap pengambilan vitamin atau suplemen harian kita. So korang beli la dengan agen-agen shaklee yang sah lagi berilmu tau. Jangan la korang beli dengan orang lain, pastu korang wasap atau sms liana atau agen sahklee yang tak dek kena mengena tu kan, nak cara makan pulak?? tak patut tau buat macam tu. korang kena tahu bayaran vitamin korang tu dengan konsultasi sekali tau. Macam liana akan pantau customer liana dan dapat kesan yang korang idamkan.


Seperti yang korang tahu, dan ada jugak yang tak tahu kan,  suplemen sangat penting kepada korang sebagai pelengkap kepada nutrisi dan zat harian yang sepatutnya korang perolehi dari amalan pemakanan korang. Biasalah dengan rutin harian korang yang terlalu sibuk, adakalanya korang main tangkap muat je dengan pemakanan korang dan ada juga yang suka makan makanan segera. Tak kata la kat korang, Liana pun ada kala nya gitu jugak.



 
Tapi sebelum korang semua mengambil sebarang suplemen atau vitamin, pastikan korang ada sedikit ilmu mengenai vitamin-vitamin yang korang ambil dan jangan disebabkan terlalu taksub untuk cantik atau kurus, sampai  berpuluh-puluh vitamin anda telan dalam satu-satu masa. JANGAN ambil sekali harung ye. Macam Liana akan sediakan JADUAL MAKAN khas untuk pelanggan kesayangan Liana.

Pastikan juga korang tiada sebarang penyakit kronik atau sebarang alahan sebelum anda mengambil sebarang vitamin. Sebab itu, adalah penting untuk korang dapatkan khidmat nasihat dari pakar perubatan, farmasi atau dari pengedar suplemen (tak kira sama ada pengedar Shaklee atau suplemen lain) yang sah.
Baiklah di sini liana kongsikan beberapa Tips pengambilan Vitamin yang betul untuk korang capai kesan yang optimum atau dengan bahasa mudahnya pantang larang yang perlu kita tahu dalam pengambilan Vitamin: 


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Pastikan anda tahu pantang larang pengambilan vitamin


PERTAMA ~ Pastikan pengambilan "Air Kosong" adalah mencukupi



Ini adalah satu tips atau pesanan yang liana tak pernah lupa untuk berikan kepada setiap sahabat yang dapatkan suplemen Shaklee dari liana. Paling kurang 3Liter air kosong WAJIB korang minum setiap hari ya [purata 1Liter: setiap 25kg]. Tapi malangnya ramai yang mengeluh dan beri macam2 alasan antaranya malas untuk ke tandas. Wahai korang-korang semua, amalan untuk ke tandas adalah baik untuk korang keluarkan toksin-toksin yang ada dalam badan korang tu. Kalau badan banyak toksin mulalah kita rasa letih, lesu dan memnjang je mengantuk tak bermaya. Vitamin pun susah nak diserap dalam badan.



Lagi satu, terlalu ramai yang suka dengan air bewarna dan berperisa dan mengabaikan pengambilan air kosong. Bila dinasihatkan untuk mengambil 3Liter air setiap hari bukan air yang manis ya wahai sahabat semua tapi 3Liter air kosong. Korang Tahu tak, air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.



Kenapa kita perlu minum air kosong secukupnya? Supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik dan optimum. Barulah dapat rasa kesan dia. Ni korang memng kena buat ok.



Macam susah je nak minum 3Liter air sehari kan. [ Jangan susah hati..anda boleh ikut tips minum air secukupnya setiap hari DI SINI ya]


KEDUA ~ Elakkan pengambilan vitamin terlalu banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila korang makan semua vitamin terlalu banyak sekaligus dalam satu-satu masa (lebih dari 5), ia boleh meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang ambil lewa dan ambil mudah perkara ini sebab nak senang. Dan ramai yang suka ambil terlalu banyak vitamin atau suplemen sebelum tidur sedangkan pada masa selepas itu korang akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja. ( macam Liana cakapkan tadi kat atas, Liana akan sedikan dalam bentuk JADUAL tuk pelanggan kesanyang Liana ye. cara makan dalam bentuk JADUAL supaya korang nampak dengan jelas ) so nak beli vitamin dengan liana tak??? nak ke NAK?? hehehe 

KETIGA ~ Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat atau sebarang jamu

Sekiranya korang dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1 atau 2 jam selepas pengambilan ubat doktor. Begitu juga halnya dengan jamu. Jangan ambil sama waktu dengan vitamin tapi jarakkan pengambilan  dalam masa 1 atau 2 jam jugak ye.


KEEMPAT ~ Kurangkan pengambilan KAFEN dalam diet harian

Haa pantang larang yang keempat ni juga antara yang paling banyak ditanya kepada liana sepanjang liana menjadi pengedar Shaklee. Ramai yang tak boleh tinggal air berkafein terutamanya Nescafe di waktu pagi (sebenarnya liana juga penggemar air berkafein suatu masa dulu tapi bila mengenangkan rugi je beli suplemen mahal-mahal tapi badan tak dapat SERAP VITAMIN jadi Liana cuba kurangkan pengambilan kafein harian).



Kenapa tak boleh ambil kafein? Sebabnya, kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang korang amalkan selama ini. Maka korang tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan. Jadi tak ke rugi beli suplemen atau vitamin mahal-mahal tapi tak dapat kesan yang kita nak! yang ni korang memang kena stop la. kena cuba stop kafen tu. 

KELIMA ~ Pastikan tahu apa yang boleh dan tidak boleh ketika mengambil Vitamin




  1. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu ==> kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. 

  2. Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalm GLA Complex) tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

  3. Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil pada hari yang sama kerana dikhuatiri badan terlebih keperluan Vitamin E harian disebabkan di dalam GLA Complex juga ada Vitamin E. Boleh selang seli hari pengambilan bagi kedua suplemen ini.

  4. Pesakit SLE/Lupus dan pesakit kekurangan G6PD TIDAK dibenarkan untuk mengambil Alfalfa.

  5. Pesakit Thalasemia Major TIDAK boleh mengambil Vitalea (kerana terdapat zat besi).

  6. Bagi ibu hamil, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch Shake, Carotomax, Lecithin, Herblax, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Ini adalah kerana, vitamin yang tinggi kadar antioksidan adalah tidak digalakkan sewaktu awal kehamilan kerana dikhuatiri boleh memberi risiko pada janin dan boleh menyebabkan keguguran. 
  7. Bagi ibu menyusu, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Cinch Shake kerana kadar kalorinya yang rendah (boleh digantikan dengan ESP), Herblax, Vivix.
Ramai yang mula mengambil suplemen untuk membantu penyusuan jadi berikut adalah sedikit TIPS PENGAMBILAN  SUPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU:



Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan korang  tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!




Ambillah suplemen dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Pastikan anda dapat cara pengambilan suplemen yang betul daripada pengedar korang supaya korang mendapat kesan yang optimum. Hargailah setiap sen yang korang keluarkan untuk suplemen korang tu. Hidup Sihat dengan Shaklee :-)
 
Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau ingin membuat pesanan, jangan malu atau segan ya...hubungi saya melalui:


==============================

Hubungi : Liana/alin ( SID 1107816 )

SMS/Call/Whatsap : 0182768083
FB Page : JomVitalin
IG : @lianahalil
Blog : http://jomvitalin.blogspot.com/
==============================
Pengedar / agen Sah SHAKLEE di Damansara (Weekdays), Batu 9 Cheras, Mahkota Cheras (Everyday), Melawati/Zoo Negara (Weekend), Melaka (dengan temujanji) dan Via pos laju ke seluruh Malaysia dan Sabah/Sarawak.

 

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...