Don't Forget To Join US Our Community
×
blogger tipsblogger templatesWidget

Thursday, 16 October 2014

Sembelit Ketika Hamil!

Apa khabar anda hari ini? Saya harap anda ceria-ceria selalu. Hari ini saya nak kongsikan dengan semua tentang sembelit dan juga buasir yang mungkin akan di hadapi oleh ibu-ibu semasa kehamilan, dan ada sedikit tips yang berguna kepada ibu-ibu untuk mengelak berlakunya sembelit dan sekaligus membawa kepada buasir.

Sembelit

Sembelit adalah masalah biasa semasa kehamilan. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Salah satu punca ialah peningkatan hormon progesteron yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman, ini menjadikan ibu hamil sukar membuang air besar. Tekanan pada rahim yang semakin membesar ke atas rektum juga salah satu punca sembelit.



Selain daripada itu, sembelit boleh terjadi dari pengambilan supplement zat besi dan menyebabkan najis berwarna hitam. Tetapi itu bukan bermakna ibu hamil harus berhenti daripada mengambil zat besi. Zat besi sangat penting untuk membawa oksigen di dalam darah kepada bayi sepanjang kehamilan.


Diet bagi ibu hamil juga perlu diambil berat. Ibu hamil perlu mengelakkan pengambilan makanan yang pedas dan makanan fastfood. Makanan-makanan ini boleh menyebabkan najis menjadi keras kerana ia tidak mempunyai serat yang mengandungi air. Najis yang keras menyebabkan sembelit terjadi.

Tips/Cara untuk mengelak dari sembelit
1. Pastikan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Minum air jus buah-buahan atau jus prun.
2. Amalkan pemakanan yang tinggi serat seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran.
3. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dalam jumlah yang mencukupi.
4. Amalkan senaman seperti berjalan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi merangsang usus dalam melancarkan proses pembuangan.
5. Elakkan pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang boleh menyebabkan sembelit.
6. Amalkan suplement yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.

Ostematrix Supplement Untuk Sembelit


Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zinc, boron, manganes dan kuprum. Magnesium yang terkandung didalam ostematrix membantu untuk melembutkan najis. Ini dapat mengatasi masalah sembelit bagi ibu hamil. Nutrien-nutrien yang terkandung dalam ostematrix dapat mengoptimumkan penyerapan oleh tubuh badan.

Pengambilan kalsium dan magnesium dalam kuantiti yang betul dapat mencegah atau melegakan sembelit dan menyokong kesihatan usus.

Di dalam kolon, kalsium menyerap lebihan hempedu dan lemak yang terurai membentuk sabun tidak larut dan dikeluarkan bersama-sama najis.

Magnesium, bersifat menyerap air, membantu mencegah sembelit dengan cara merehatkan dinding usus apabila ibu hamil berada di bawah tekanan atau merasa bimbang. Magnesium membantu menormalkan ketegangan pada dinding kolon dan membolehkan tindakan peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak ke dalam usus).

Buasir
Buasir(piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.
Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda.
Berjumpalah dengan doktor anda sekiranya ada terdapat simptom-simptom yang boleh dikesan contohnya darah merah terang selepas anda membuang air dan gatal di sekeliling dubur.
Semasa kehamilan, jumlah darah dalam badan akan bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.
Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar.
Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil.
Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.
Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.
Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor.
Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.
Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
Apa pilihan sumber kalsium yang murah dan terbaik? 
Tentunya Ostematrix 1000mg hanya RM1.60 
Sebotol 120 Caplats RM61.00 
Nak murah lagi dan Jimat.. PM saya!
==============================
Hubungi : Liana/alin ( SID 1107816 )
SMS/Call/Whatsap : 0182768083
FB Page : JomVitalin
Blog : http://jomvitalin.blogspot.com/
==============================
Pengedar / agen Sah SHAKLEE di Plaza Damansara (Weekdays), Batu 9 Cheras (Everyday), Melawati/Zoo Negara (Weekend), Melaka dan pos laju ke seluruh Malaysia dan Sabah/Sarawak.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...