Don't Forget To Join US Our Community
×
blogger tipsblogger templatesWidget

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, 29 May 2014

Tanda-Tanda Tubuh Anda Kekurangan Protein

Tanda-tanda tubuh anda kekurangan protein, anda akan mengalami simptom2 berikut :

  •  Kulit wajah yang kusam?
  •  Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  •  Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
  •  Rambut sering gugur?
  •  Lemah dan tidak bertenaga?
Risiko Kekurangan Protein (umumnya):


  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Boleh cuba Protein Shaklee... 



Artikel lain yg berkaitan:


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

==============================
Hubungi : Liana/alin
SMS/Call/Whatsap : 0182768083
FB Page : JomVitalin
Blog : http://jomvitalin.blogspot.com/
==============================

Pengedar / agen Sah SHAKLEE di Plaza Damansara (Weekdays), Batu 9 Cheras (Everyday), Melawati/Zoo Negara (Weekend), Melaka dan pos laju ke seluruh Malaysia dan Sabah/Sarawak.










Wednesday, 28 May 2014

Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Adakah anda masih lagi mencari-cari apakah supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung?
Lain ibu lain ragamnya. Pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam tempoh kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan supplement atau vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan.
Bagaimana pula jika anda sering mengalami morning sickness seperti penulis? Saya langsung tak lalu untuk menelan pil yang Klinik Kesihatan bagi atau minum susu. Jadi jika anda di luar sana masih lagi mencari-cari supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung, vitamin ibu mengandung Shaklee ada jawapannya kerana ianya semulajadi dan bebas-dadah (drug free)!!



Suppliment yang di cadangkan : 

1. Ostematrix (Calsium, Magnesium)
3. Omega guard (Omega 3)
6. Vita-lea (Multivitamin Iron Formula)

FUNGSI VITAMIN : 

1. OsteMatrix (Calcium-Magnesium) – 4 biji sehari
Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

2. Energizing Soy Protein – minum sehari sekali
anya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

3. Omega guard (Omega 3) - Sehari 1 biji
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

4. B Compleks – 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

5. Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Untuk memudahkan kawan-kawan, kami telah menyediakan set untuk preggy momma yang terdiri daripada :


Kombinasi Supplement utk TRIMESTER PERTAMA

  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DGN IRON)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium

KOMBINASI Supplement utk TRIMESTER KEDUA & KETIGA
  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DGN IRON) ,
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)
  • Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)
Bagi ibu-ibu yang hamil,dan anda rasa ragu2 nak ambil vitamin shaklee,cube baca ni..jika anda dah ambil vitalea,b complex dan vitamin C Shaklee,anda dah tak perlu ambil obimin…
Dapatkan vitamin yg sentiasa selamat,semulajadi dan sentiasa berkesan untuk anda dan baby…Bertukarlah ke arah yg lebih baik.


Artikel lain yg berkaitan:



==============================
Hubungi : Liana/alin ( SID 1107816 )
SMS/Call/Whatsap/Telegram : 0182768083
FB Page >>LIKE : JomVitalin
Blog : http://jomvitalin.blogspot.com/
==============================

Pengedar / Agen Sah Shaklee di Plaza Damansara (Weekdays), Batu 9 Cheras (Everyday), Melawati/Zoo Negara (Weekend), Melaka dan pos laju ke seluruh Malaysia dan Sabah/Sarawak.

















Thursday, 22 May 2014

Kenapa Vitamin Shaklee Tidak Berkesan Untuk Saya!

Sedikit terkilan bila ada yang kata bila makan supplements dan vitamin nie tidak berkesan. saya nak ingat kan ye. Supplements bukan macam ubatan lain, lagi la sangat jauh berbeza dari ubatan yang menghilangakan rasa sakit dalam masa yang singkat. contoh jika anda mengambil GLA Complex Shaklee dengan Panadol Menstrual  sangat berbeza ye... satu supplement satu pain killer... Pain killer sangat TIDAK BAIK! buat badan anda. Sama juga untuk kurus yer wahai pembaca sekalian. 


Sebenarnya, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari. Usaha,Istiqamah,sabar
tu yang perlu kita ingatkan. kesan yang singkat tidak bagus 
buat badan. Tapi, kalau tak dapat jugak rasa manfaat dari pengambilan vitamin yang kita makan tu, kita kena tahu kenapa ia terjadi.

1.Kurang minum air kosong/air putih/air masak/ plain water/ sky juice
Nampak banyakkan? Tapi ia sebenarnya mewakili satu jenis air sahaja, iaitu air kosong. Ramai yang ada masalah nak minum air kosong ni dan lebih gemar minum minuman yang berwarna dan berperisa. Yelar, ada yang cakap air kosong takde rasa la, takde penarik la, rasa macam makan ubat la...tapi mereka ni tak tahu yang banyak kebaikan minum air kosong ni. 

Tahukah anda:
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Cuba buat perbandingan seminggu tak minum air manis, dan seminggu minum air manis. Anda akan rasa perbezaannya. Cubalah!

Saranan:
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Jadi, please jangan malas minum air kosong tau....makan vitamin ke, tak makan vitamin ke, air kosong sangat penting dan baik untuk kesihatan tubuh badan.

2. Makan vitamin secara banyak sekaligus dalam satu masa
Makan vitamin memang bagus, tapi jangan teruja sangat tau nak makan sekaligus vitamin-vitamin tu. Sebaik-baiknya rancanglah pemakanan vitamin tu dengan betul supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan tu.

Tahukah anda:
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air, sedangkan air penting untuk penyerapan vitamin dan juga untuk pengaliran darah kita.

Saranan:
Ok, lepas ni, tak payah la teruja sangat nak makan vitamin tu sekaligus. Sabar-sabarlah kot yer pun. Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Tau tak, pembahagian masa makan vitamin ni juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. Atleast, jarakkan sejam untuk setiap jenis vitamin yang kita makan. Contoh, pukul 8am, makan Lecithin, pastu pukul 9am makan Alfalfa, dan seterusnya. Kalau macam saya, takut terlupa saya setkan kat alarm henfon untuk set masa bila nak makan vitamin. So, insyaAllah takkan terlepas masa makan vitamin.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Yang ni bagi anda yang dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan. Elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin. 

Tahukah anda:
Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru ataupun confused sebab ada dua benda yang berbeza masuk dalam badan sekaligus. Oleh sebab itu, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Saranan:
Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
Sudah pastinya, minuman kafein (kopi/teh) menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia di waktu pagi, petang, malam. Macam tak cukup syarat kalau sehari tak minum air kafein ni kan.

Tahukah anda:
Pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Jadi, pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. Maka, kita takkan dapat apa-apa manfaat pun dari pengambilan vitamin sebab vitamin akan rosak disebabkan pengambilan vitamin secara berterusan.

Saranan:
Tolongla kurangkan minuman berkafein ni yer kalau nak manfaat optimum dalam pengambilan vitamin yang kita makan. Kalau dah sehari tu 5 cawan kopi kita boleh minum, apa salah sikit demi sedikit kurangkan kepada 3 cawan..lepas tu, 1 cawan....InsyaAllah lepas tu, kita boleh lepaskan minuman berkafein ni. Macam saya jugak la, dulu setiap pagi akan minum kopi satu gelas untuk sarapan. Tapi sekarang, alhamdulillah dah dapat elak minum minuman kafein. Pagi-pagi minum ESP untuk breakfast dan tak lupa minum air kosong.

5. Pantang larang makan vitamin
Jangan ingat makan vitamin takde pantang larang tau. Ada sesetengah kita makan vitamin hentam kromo jer. Makan vitamin kena ada cara dan jadual pemakanan yang betul. Dan ada juga vitamin yang kita tak boleh makan bersama-sama.

Tahukah anda:
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu. Ini kerana ia akan menganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu juga, vitamin E tidak boleh diambil bersama-sama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Alfalfa dan vitamin antioksida juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. 

Saranan:
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa pantang larang dalam pengambilan vitamin yang betul supaya badan dapat menyerap manfaat vitamin dengan baik dan sempurna. Dalam pemilihan vitamin, apa yang perlu diambil kira ialah:
  • Vitamin anda HALAL
  • Vitamin anda SELAMAT
  • Vitamin anda SEMULAJADI
  • Vitamin anda BERKESAN (Nak berkesan, ikut tips diatas. InsyaAllah akan dapat kesan yang diingini)
TIPS UNTUK IBU MENYUSU
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan khuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli.

Ok, nak tau lebih lanjut atau cara pemakanan yang betul, boleh tanya saya...konsultansi percuma diberikan....harga istimewa sesiapa sahaja yang betul-betul berminat....


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

==============================
Hubungi : Liana/alin
SMS/Call/Whatsap : 0182768083
FB Page : JomVitalin
Blog : http://jomvitalin.blogspot.com/
==============================

Pengedar / agen Sah SHAKLEE di Plaza Damansara (Weekdays), Batu 9 Cheras (Everyday), Melawati/Zoo Negara (Weekend), Melaka dan pos laju ke seluruh Malaysia dan Sabah/Sarawak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...